|
Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarokaatuh.
Terlebih dahulu saya mengucapkan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang dengan taufik dan hidayahNya serta InayahNya, telah menggerakkan hati saya untuk membuat satu laman web "Family Tree" yang melaluinya dapatlah mana-mana ahli keluarga kita mengetahui akan asal usul dan salasilah keluarga kita. Tidak lupa juga Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau.
Saya berharap agar melalui laman web ini dapatlah kita saling berkenalan antara satu sama lain, dan seterusnya menjalinkan ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh dimasa akan datang, sekaligus merapatkan hubungan diantara kita yang telah jauh terpisah dan menambah-mesrakan mana-mana yang masih dekat.
Namun begitu, dalam usaha pencarian ini,masih banyak lagi nama-nama yang tertinggal. Malah mungkin juga ada maklumat yang tidak tepat. Dengan itu saya berharap agar sesiapa jua yang mengenali keluarga ini dapatlah kiranya menghubungi saya untuk melengkapkan senarai nama ahli-ahli keluarga ini dan membetulkan apa yang tersilap, sama ada melalui telefon ataupun melalui emel saya sebagaimana yang tercatat di laman ini.
Semoga kita akan dapat mengadakan perjumpaan disuatu masa nanti Insyaallah.Sekian
|